BAMAKO 13 Nov. – Tiga orang awam terbunuh manakala 30 tercedera terlibat dalam serangan bunuh diri yang berlaku di utara negara.
Menurut diplomat, mereka yang tercedera kebanyakkannya adalah sub-kontraktor bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan itu berlaku di Goa apabila kenderaan pacuan empat roda meletup di kawasan kejiranan, menurut kementerian keselamatan dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pihak pemberontak GSIM mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu yang beroperasi di wilayah Sahel.
Kumpulan pemberontak itu berkata serangan itu disasarkan kepada tentera British, Jerman dan Kanada. – AFP










