GAZA CITY 13 Nov. – Tiga penduduk Palestin maut dalam serangan udara tentera Israel di Gaza yang turut memusnahkan bangunan stesen televisyen Hamas sekali gus mencetuskan keganasan baharu di wilayah itu.
Pertempuran sengit antara pergerakan Hamas dan tentera Israel tercetus selepas Israel melancarkan operasi tentera khas di Semenanjung Gaza pada Ahad lalu, menyebabkan kumpulan nekad membalas dendam.
Menurut tentera Israel, setakat ini pihaknya telah melancarkans serangan terhadap lebih 70 kawasan sebagai tindak balas serangan lebih 300 roket dari wilayah yang ditadbir Hamas pada Isnin lalu.
Pertahanan peluru berpandu berjaya menangkis berpuluh-puluh roket dari Gaza dan kebanyakan jatuh di kawasan terbuka manakala banyak yang mengenai rumah dan bangunan awam.
Pihak perubatan melaporkan kira-kira 20 penduduk Israel cedera dalam serangan itu. – AFP











