Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan kereta bertembung lori - Utusan Malaysia

Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Tiga maut dan tiga cedera parah apabila kereta Proton Wira bertembung dengan lori muatan makanan ringan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang maut dan parah belum diketahui kerana kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit masih dilakukan anggota bomba.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.
 
Katanya, mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

m
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit masih dilakukan anggota bomba.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Gua Musang ke Kuala Krai cuba memotong di kawasan berbukit dan selekoh tetapi gagal lalu merempuh lori muatan makanan ringan yang datang dari arah bertentangan. 

“Akibatnya kereta itu berlanggar secara berhadapan itu menyebabkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN