Tiga lelaki warga India ditahan samun, pukul juruwang - Utusan Malaysia

Tiga lelaki warga India ditahan samun, pukul juruwang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki warga India berhubung kes samun dan pukul seorang juruwang sebuah kedai serbaneka di Jalan Raja Alang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.25 pagi itu, juruwang tersebut didatangi tiga lelaki warga India yang bertindak memukul dan mencekik mangsa.

“Kesemua suspek kemudian mengambil 11 kotak rokok yang bernilai kira-kira RM170.

“Namun, beberapa minit kemudian ketiga-tiga suspek telah ditahan oleh orang ramai berdekatan kedai itu dan dipukul oleh mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan menambah, pihaknya juga telah menahan mangsa yang juga lelaki warga India untuk membantu siasatan.

“Salah seorang suspek yang dipukul kini berada di hospital kerana kritikal akibat dipukul oleh orang ramai.

“Buat masa kini, polis sedang mengesan orang ramai yang menahan dan memukul kesemua suspek tersebut,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/326 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN