Tiga guru termasuk guru besar direman tiga hari - Utusan Malaysia

Tiga guru termasuk guru besar direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 3 Nov.- Tiga guru termasuk seorang guru besar yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan memberi dan menerima suapan berkaitan penukaran sekolah dibenarkan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Klang, Azimah Mohd. Yusof membenarkan reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia 35 hingga 52 tahun yang masing-masing bertugas di sebuah sekolah rendah di Pandamaran, Klang.

Semalam, ketiga-tiga individu ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 3.25 petang.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek meminta dan menerima wang suapan dari pengadu yang juga seorang guru berjumlah RM5,000.

Jelas sumber, sebagai balasan suspek meminta guru besar terbabit menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN