Tiga guru terlibat rasuah ditahan reman tiga hari - Utusan Malaysia

Tiga guru terlibat rasuah ditahan reman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tiga guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran di sini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 bagi menyokong pertukaran guru.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Klang, Azimah  Mohd. Yusof selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

 Ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia 35, 41 dan 52 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini kira-kira pukul 3.25 petang semalam. 

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu yang juga seorang guru berjumlah RM5,000.

“Ia sebagai balasan bagi meminta guru besar sekolah berkenaan untuk menyokong permohonan pengadu yang mahu bertukar ke sekolah lain,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, ketika penahanan ketiga-tiga individu itu dibuat, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah RM5,000 di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, penahanan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN