TASEK GELUGOR 4 Nov. – Seorang pemuda tidak sempat meraikan Deepavali Selasa ini apabila maut dalam kemalangan di Kampung Selamat, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pukul 11.30 malam tadi, T. Seelan , 27, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dari arah Padang Serai, Kedah menuju ke Tasek Gelugor memasuki laluan bertentangan. Katanya, sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu seorang wanita ke arah Padang Serai tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa. “Pelanggaran berkenaan menyebabkan penunggang motosikal tercampak serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya