KEPETAHAN Alfieya Hanuum Kamal Ridzwan berkata-kata pasti membuatkan orang yang di sekeliling tertarik untuk mendengarnya. Ditambah pula dengan rupa paras yang cantik dan senyuman menawan, wanita berusia 37 tahun itu dengan mudah boleh mempengaruhi orang ramai membeli produk jualannya. Kelebihan yang dimiliki itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Alfieya Hanuum dengan menjadi usahawan produk kecantikan dan penjagaan rambut sejak lima tahun lalu. Dia yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu merupakan pengasas…










