KUALA LUMPUR 14 Nov. — Semakan semula kandungan filem Polis Evo 2 selepas filem kontroversi itu melalui prosedur kelulusan dua agensi kerajaan termasuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) disifatkan sebagai tidak adil. Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Halim berkata, langkah itu dikhuatiri boleh mewujudkan ketidaktentuan hingga menjejaskan pelaburan jangka panjang industri filem tempatan dan nasib pekerja sektor terbabit. Sehubungan itu beliau memohon…