Tiada undi semula di Julau - Utusan Malaysia

Tiada undi semula di Julau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Cabang Julau, Sarawak tidak akan diadakan semula manakala keputusan pemilihan Cabang Tawau dan Pensiangan, Sabah akan dimuat naik dalam portal rasmi selepas semua proses penyisihan dan penyusunan semula data selesai dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemi­lihan Pusat (JPP), Datuk Rashid Din (gambar kecil) berkata, keputusan untuk Cabang Julau berdasarkan analisis kiraan undi yang membuktikan bahawa semua data adalah selamat dan telah pun berjaya dimuat naik ke pelayan sistem.

Katanya, perincian undi dan analisis teknikal menunjukkan bahawa tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut (Julau) sebenarnya boleh diterima pakai.

“Bagi pemilihan semula Cabang Tawau dan Pensiangan, terdapat lebihan kertas undi digital yang diterima oleh pelayan sistem berbanding jumlah slip undi yang dikeluarkan oleh mesin QR.

“Data undian baharu pada 11 November telah bercampur dengan data undian yang dijalankan pada 4 dan 5 November dalam sistem pangkalan data.

“Proses penyisihan dan penyusunan semula data akan mengambil sedikit masa dan sudah pasti hasilnya nanti akan mengubah jumlah undi yang diterima oleh setiap calon sekali gus dapat menyelesaikan isu bacaan negatif dalam penyata undi bagi setiap cabang terbabit,” kata­nya dalam satu kenyata­an di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN