KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini menolak cadangan supaya perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung. Beliau menegaskan perbicaraan itu tidak akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Menurutnya, kedua-dua entiti media itu mempunyai siaran yang terhad dengan pelbagai liputan berita dan program yang perlu disiarkan di saluran…









