KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang permintaan agar mengemukakan nama baharu daripada parti itu bagi tujuan rombakan Kabinet.
Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan PKR yang berakhir baru-baru ini berkata, setakat pemahamannya tiada apa yang berubah.
“Tiada seorang pun dalam PKR memaklumkan kepada saya tentang perubahan atau keperluan menyerahkan nama baharu. Setakat ini tiada perubahan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










