Tiada kompromi kepada perokok - Utusan Malaysia

Tiada kompromi kepada perokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membantah larangan merokok di restoran dan gerai makanan.

DZULKEFLY AHMAD
DZULKEFLY AHMAD 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, larangan tersebut diambil demi kepentingan awam bagi melindungi semua pihak khususnya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

“Restoran dan gerai makanan adalah tempat makan, bukan merokok. Jadi perkara itu sudah muktamad dan saya tidak akan berkompromi sebaliknya bertegas dalam hal ini.

“Saya yakin ini perjuangan kami dan kepada perokok, mereka boleh cari tempat lain. Tempat makan adalah tempat semua menikmati makanan mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, penguatkuasaan larangan di premis makanan bermula awal tahun depan mendapat bantahan daripada tiga persatuan yang mewakili lebih 20,000 pengusaha restoran di negara ini

Tiga persatuan mengadakan demonstrasi aman di depan bangunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) sebagai membantah larangan merokok di semua restoran dan premis makanan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN