MUAR 14 Nov. – Polis daerah ini mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes rogol dan toreh kemaluan murid seperti yang ditular pihak tidak bertanggungjawab hari ini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, semakan telah dibuat dan kes yang ditular dalam media sosial itu merupakan kejadian yang berlaku pada 2014. “Kes ini telah selesai, di mana penjenayah terlibat telah dituduh pada 4 Februari 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara…








