PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, belum ada lagi keputusan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menerima ahli Parlimen (MP) dari Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai dan automatik. Bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, PH akan melihat kualiti orang yang hendak menyertainya. “Ahli (BN) yang cuma nak jadi wakil rakyat dan tidak ada…










