Tiada keperluan tandatangan ICERD - Mukhriz - Utusan Malaysia

Tiada keperluan tandatangan ICERD – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KODIANG – Tiada keperluan untuk negara menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ini kerana ia tidak bersesuaian dengan situasi ‘unik’ di negara ini, kata Mukhriz, yang juga menteri besar Kedah.

“Dan kalau kita faham bahawa tujuan ICERD ialah untuk memberi kesamarataan bagi masyarakat minoriti. Tapi dalam negara kita ini, kita mempunyai satu keadaan yang agak unik, (di mana) pihak agak terpinggir daripada arus pembangunan perdana adalah masyarakat majoriti, jadi tak sama dengan asas wujudnya ICERD itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi kita tidak perlulah nak meminjam satu dasar dari negara asing yang tidak mengambil kira persekitaran yang wujud dalam negara kita,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada 110 pelajar sekitar parlimen Jerlun yang  layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Sehubungan itu beliau berharap agar kerajaan menilai sedalam-dalamnya perkara itu bagi mengelak daripada melanggar perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum masing-masing dengan kepentingan tertentu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN