KOTA KINABALU – Fasa pertama pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sabah yang bermula semalam di 12 daripada 25 cabang berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal yang mencetuskan kekecohan besar dalam kalangan ahli.
12 cabang itu ialah Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Beaufort, Sipitang, Keningau, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Tawau dan Kalabakan.
Baki 13 cabang lagi iaitu Kudat, Kota Belud, Putatan, Penampang, Kimanis, Ranau, Beluran, Tenom, Pensiangan, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Papar pula akan berlangsung hari ini.
Pengerusi PKR, Datuk Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menzahirkan rasa puas hati dengan proses pemilihan parti bagi Cabang Kota Kinabalu.
“Semua berlangsung dengan aman dan tiada isu pergaduhan dengan siapa-siapa. Proses pemilihan juga berjalan lancar dan saya berpuas hati,” katanya ketika ditemui di pusat pemilihan itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











