KUALA LUMPUR 2 Nov. – Tidak ada kejutan daripada pembentangan Belanjawan 2019 oleh kerajaan hari ini khususnya yang melibatkan inisiatif kepada rakyat.
Bukan itu sahaja, segala apa yang diumumkan dalam belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu disifatkan tidak ada kelainan yang besar berbanding belanjawan tahun lalu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malah menegaskan bahawa tidak ada peruntukan khusus untuk petani dan nelayan selain pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi.
“Walaupun kelihatan Belanjawan 2019 telah mengemukakan beberapa cadangan, tetapi kita dapati tiada kelainan besar. Tidak ada sebarang kejutan apatah lagi keajaiban,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen selepas selesai pembentangan Belanjawan 2019 hari ini. – UTUSAN ONLINE










