Tiada jawatankuasa khas tarik ahli UMNO - Utusan Malaysia

Tiada jawatankuasa khas tarik ahli UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak membentuk sebarang jawatankuasa khas bagi menarik ahli-ahli UMNO menyertai parti tersebut.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya juga tidak pernah merancang untuk melaksanakan strategi sedemikian bagi menarik ramai ahli baharu.

“Tindakan beberapa ahli dan pemimpin UMNO menyertai Bersatu baru-baru ini adalah atas pilihan masing-masing yang percaya terhadap perjuangan parti ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersatu sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja, bukan hanya ahli UMNO tapi individu biasa juga,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa ada pihak dikesan cuba menarik wakil rakyat parti itu melompat menyertai pihak lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×