Tiada bantahan sekiranya LPF diletakkan di bawah KKMM - Gobind - Utusan Malaysia

Tiada bantahan sekiranya LPF diletakkan di bawah KKMM – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, kementerian itu bersedia untuk membincangkan perkara berkenaan dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketika ini, LPF berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

“Saya pernah ditanya soalan itu sebelum ini (dan) saya tiada masalah mengenainya  kerana  kami menguruskan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Saya akan menelitinya. Tentu ada sebab kenapa LPF diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri,” kata beliau tanpa memberikan penjelasan terperinci.

Gobind ketika ditemui pemberita selepas beliau merasmikan Forum Transformasi Digital di sini, ditanya sama ada LPF patut diletakkan di bawah kementeriannya dan bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti sekarang.

LPF yang bertanggungjawab membuat tapisan ke atas sesuatu filem sebelum ditayangkan kepada umum di Malaysia, dilaporkan menerima kritikan orang ramai dalam beberapa kes, termasuk penapisan  bahagian tertentu ‘Bohemian Rhapsody’, biopik penyanyi utama Queen, Freddie Mercury dan penyuntingan  filem keluaran Disney tahun lepas, ‘Beauty and the Beast’, yang hampir tidak dapat ditayangkan di Malaysia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN