KOTA KINABALU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Hajiji Noor di sini hari ini menyifatkan tiada istilah keluar daripada UMNO.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, UMNO akan kekal sebagai parti di Sabah dan meneruskan perjuangan bersama blok
pembangkang di peringkat negeri.
Menurut Hajiji, parti keramat Melayu itu akan bersama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai sebahagian daripada ahli gabungan pelbagai parti
dalam GBS.
“Kita tidak akan keluar daripada UMNO dan meneruskan perjuangan parti ini.
“Isu (keluar UMNO) ini tidak timbul kerana kita adalah sebahagian daripada parti dalam GBS,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan DUN di
sini.
Terdahulu, timbul khabar angin mengenai kesediaan ADUN UMNO keluar daripada parti itu.
Hajiji yang terkejut dengan khabar angin berkenaan bagaimanapun, menafikan bahawa tiada sebarang gerakan meninggalkan UMNO di peringkat negeri.
Seramai 10 ADUN yang masih setia bersama UMNO di negeri ialah Datuk Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Tan Sri Musa Aman (Sungai Sibuga) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).
Termasuklah, Matbali Musah (Ludaman), Datuk Isnin Alias (Klias), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Japlin Akim (Usukan) dan Hajiji (Sulaman).











