Teroka teknologi baharu perkenal pertanian moden - Utusan Malaysia

Teroka teknologi baharu perkenal pertanian moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berharap Belanjawan 2019 akan memberikan peruntukan khas kepada kementerian itu untuk mempergiatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha memperkenalkan pelbagai bentuk pertanian moden.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ini termasuk menerokai teknologi baharu sekali gus menggalakkan lebih ramai usahawan akan terlibat dalam bidang tersebut yang boleh menjamin pendapatan lumayan.

“Kita berharap belanjawan kali ini memberi penekanan terhadap R&D yang membolehkan kita menerokai teknologi baharu bagi membolehkan Malaysia dikenali sebagai negara pertanian moden.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah kita harap dapat menggerakkan semua kumpulan usahawan agar dapat memajukan industri pertanian kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Baru Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai harapan belanjawan 2019 yang bakal dibentangkan kali pertama oleh kerajaan Pakatan Harapan esok di Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini