Terimalah apa jua keputusannya - Anwar - Utusan Malaysia

Terimalah apa jua keputusannya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua calon yang bertanding pada pemilihan PKR menerima keputusan dengan baik meskipun ada beberapa kelemahan yang dikesan. 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, walaupun begitu, beliau juga meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) meneliti setiap bantahan supaya diterima dengan baik oleh semua pihak ketika pemilihan parti kini sampai ke peringkat akhir. 

“Banyak orang minta saya campur tangan (pemilihan PKR) tetapi, saya tidak boleh sebab parti telah buat keputusan bahawa semua urusan pemilihan dikendalikan oleh JPP. 

“Setakat ini saya hanya menyeru supaya keadaan terkawal, lebih tenang dan calon-calon terima keputusan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan Wushu Piala Long Yi Port Dickson di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jika sepanjang pemilihan PKR berlaku masalah seperti kes penipuan, kerosakan peralatan dan ugutan, perkara itu perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. 

“Kalau ada kes penipuan, kerosakan tablet dan ugutan, itu dilaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau  
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

“Itu yang saya telah jelaskan. Tetapi, pimpinan PKR mesti bantu kawal keadaan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN