KUALA TERENGGANU 8 Nov. – Kerajaan negeri mempelawa Teresa Kok melawat Terengganu agar Menteri Industri Utama itu berpeluang menyelami denyut nadi kehidupan sebenar masyarakat pekebun kecil getah yang kian tertekan. AZMAN IBRAHIM Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, menteri itu belum mempunyai sebarang sentuhan dengan masyarakat desa yang bergantung hidup kepada sumber tersebut. Sehubungan itu, Azman mengesyorkan Teresa agar ‘merendah diri’ untuk…










