KUALA TERENGGANU 2 Nov. – Seramai 20,864 golongan muda di negeri ini bakal menikmati tawaran mendapatkan lesen motosikal secara percuma, mulai tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tawaran yang terkandung dalam manifesto Pas negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu itu akan diumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Belanjawan 2019 dalam Sidang Dewan Undangan…










