KUALA TERENGGANU 24 Nov.- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang baharu dijangka akan dilantik mulai awal tahun depan bagi memberi nafas baharu dan memacu kebangkitan semula parti yang lesu itu di negeri ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi bayangan tersebut selepas beliau mengesahkan akan melepaskan jawatan yang dipertanggungjawab kepadanya dalam waktu terdekat. Naib Presiden UMNO itu yang mengambil alih jawatan daripada bekas Menteri Besar, Datuk Seri…










