Tengku Asmadi jelaskan pendirian - Utusan Malaysia

Tengku Asmadi jelaskan pendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Nov. -Hanya kerana kesediaan meraikan ajakan bekas pelajar dan rakan-rakan ke Majlis Makan Malam Pemuda Amanah negeri malam tadi, nama pakar motivasi, Tengku Asmadi Tengku Mohamad ditularkan bakal menyertai parti itu.


Pengumuman kemasukan Tengku Asmadi yang juga bekas calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Kuala Nerus bagi membantu memperkukuhkan imej parti iti dikatakan akan dibuat dalam majilis yang dihadiri Pengerusi Amanah negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Namun kelibat Tengku Asmadi tidak kelihatan dalam majlis itu dan hari ini, beliau mengeluarkan kenyataan menafikan desas-desus yang mengheret namanya.

Berikut diperturunkan kenyataannya:

“Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda adalah bekas pelajar Motivasi Alihan Pelajar saya dan kini rakan saya. Malah dalam Amanah, ramai rakan satu usrah saya dahulu sewaktu sama-sama belajar di Australia dan menjadi pensyarah di USM. 

“Apabila beliau menjemput saya untuk hadir ke Majlis Makan Malam Pemuda Amanah Terengganu, maka saya menyambut jemputan itu dengan baik bagi memanjangkan hubungan silaturahim dengan beiau dan rakan-rakan saya. 

“Memandangkan saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti dan tidak memenangi apa-apa kerusi maka saya bebas untuk memenuhi apa juga jemputan daripada mana-mana pihak. 

“Saya bukan orang politik saya orang motivasi. Persetujuan kehadiran saya juga bukan atas platform politik tetapi bersetuju hadir atas kapasiti saya sebagai pakar motivasi. 

“Persetujuan saya untuk hadir itu telah disalahtafsir dan menjadi viral. Harap ia menjawab segala persoalan yang timbul. Doakan saya dapat lakukan yang terbaik untuk ummah.” UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN