Tengku Amir Shah kecewa tindakan anggota FAS tidak mahu selesaikan isu berbangkit - Utusan Malaysia

Tengku Amir Shah kecewa tindakan anggota FAS tidak mahu selesaikan isu berbangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan tindakan sebahagian ahli gabungan FAS yang enggan bersemuka dengan beliau bagi menyelesaikan isu berbangkit yang melanda persatuan itu.

Tengku Amir berkata, beliau telah memanggil dan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk bertemu dengannya bagi menyelesaikan perkara berkaitan, namun mereka gagal berbuat demikian.

“Saya hantar surat pun mereka tak datang, berapa kali lagi kita nak panggil (mereka),” kata Tengku Amir dalam satu sidang media di Istana Mestika di sini hari ini.

Tengku Amir yang juga Raja Muda Selangor berkata demikian ketika mengulas berhubung tindakan sebahagian anggota persatuan yang menganjurkan Kongres Luar Biasa (EGM) bertujuan melantik anggota jawatankuasa yang baharu bagi badan induk berkenaan pada Khamis lepas.

“Itu (penganjuran EGM ) hanya nak buat kacau, nak rebut jawatan, main politik dan kita tiada masa untuk benda ini. Ini adalah EGM tidak sah sebab tidak ikut peraturan, Saya tidak beri persetujuan apa yang berlaku (pada EGM itu),” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×