KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperoleh dan menerima sejumlah RM3 juta berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik. Tengku Adnan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa. Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun…