Tegaskan hukum terhadap pelompat parti - Utusan Malaysia

Tegaskan hukum terhadap pelompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Para ulama disarankan untuk menegaskan hukum dari sudut agama Islam terhadap individu yang melompat parti kerana tindakan itu semakin menjadi-jadi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd. Rani berkata, ketetapan itu perlu dilakukan supaya perbuatan tersebut tidak menjadi budaya dalam kalangan pemimpin yang telah diberi tanggungjawab untuk mewakili pengundi.

“Hari ini berlaku lagi budaya khianat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen yang di pilih rakyat. Apakah dengan mengisytiharkan ADUN atau Ahli Parlimen bebas, kalian akan dianggap bersih dari dosa?.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agama ini jelas melarang kalian (Ahli Parlimen atau ADUN) melakukan khianat, apa sahaja parti kalian wakil,”katanya menerusi Facebook beliau semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan ADUN Guar Chempedak dari UMNO, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismai yang menjadi wakil rakyat bebas semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×