Bersiar-siar di Tamu Jalan Gaya
Di waktu pagi hari Ahad
Pandanganku terpaku
Melihat orang buta
Menjadi pekerja setia
Mengurut badan pelanggannya
Dari pagi hingga petang
Di Tamu Jalan Gaya
Di bandar raya Kota Kinabalu
Buat menyara keluarga.
Kita yang celik ini
Mampu melihat alam fana ini
Mampu bergerak ke hulu ke hilir
Apakah tiada keinginan
Untuk mencari rezeki
Daripada hanya memeluk diri
Menunggu orang memberi.
RAFAEL MARIBIN
Tamu Jalan Gaya, Kota Kinabalu.










