Bersiar-siar di Tamu Jalan Gaya Di waktu pagi hari Ahad Pandanganku terpaku Melihat orang buta Menjadi pekerja setia Mengurut badan pelanggannya Dari pagi hingga petang Di Tamu Jalan Gaya Di bandar raya Kota Kinabalu Buat menyara keluarga. Kita yang celik ini Mampu melihat alam fana ini Mampu bergerak ke hulu ke hilir Apakah tiada keinginan Untuk mencari rezeki Daripada hanya memeluk diri Menunggu orang memberi. RAFAEL MARIBIN Tamu Jalan Gaya, Kota Kinabalu.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya