Kerja-kerja menambak pantai sedang giat dijalankan berhampiran sebuah pondok rehat bersebelahan jalan raya yang menghubungkan Jambatan Angkat ke Kampung Teluk Ketapang di Pantai Kampung Seberang Takir, Terengganu.
Pondok rehat dan jalan raya tersebut terdedah kepada hakisan pantai akibat ombak besar dan fenomena air pasang yang memungkinkan berlakunya kerosakan.
Musim tengkujuh yang melanda Terengganu bukan sahaja menyebabkan berlakunya banjir malah turut terdedah kepada hakisan pantai di beberapa kawasan yang melibatkan penempatan penduduk di sesetengah tempat.










