ISU semasa terutama kisah masyarakat membabitkan kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak serta eksploitasi terhadap mereka yang lemah dan dalam keadaan terdesak sering menyentap jiwa gadis berusia 22 tahun ini. Nurul Harina Nadiah Mat Lazim @ Mahasan,22 yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Geografi menyifatkan ramai mengambil kesempatan, sekali gus memperlihatkan rasa kemanusiaan yang semakin menipis pada masa kini. Katanya, masyarakat boleh menyumbang sesuatu dan dengan…










