Tak boleh tangguh bayar PTPTN - Utusan Malaysia

Tak boleh tangguh bayar PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mengaku bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menunaikan manifestonya untuk menangguhkan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dilaungkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN seperti dijanjikan PH sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara.

Beliau mengakui, kerajaan dihujani kritikan selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini. Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.

“Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat,” katanya kepada pembe­rita ketika ditemui selepas pelancaran FundMyHome.com, satu platform digital pembe­lian rumah menerusi skim pendanaan awam hartanah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN