SENYUMAN jelas terpancar pada raut wajah lelaki yang mengenakan baju berwarna biru gelap sebaik melangkah masuk ke galeri seni miliknya, TJ Fine Art yang terletak di Centrio Pantai Hillpark, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagi Prof. Datuk Tajuddin Ismail, galeri itulah adalah tempat untuk beliau mengabadikan dirinya dalam bidang seni yang telah diceburi sejak lebih 50 tahun lalu. Jelas anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu, minatnya terhadap bidang seni bermula…










