TAIPING 1 Nov. – Seorang lelaki yang meloloskan diri dari tahanan lokap pada Sabtu lalu untuk menyambut ulang tahun hari lahirnya bersama kekasihnya dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Taiping di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan. Majistret Mohd.Hairul Jemain menjatuhkan hukuman itu terhadap Pang Hung Boon, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Hokkien. Mohd. Hairul dalam keputusannya…










