TAIPING – Gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap Balai Polis Taiping untuk menyambut ulang tahun hari lahir bersama kekasihnya Sabtu lalu, seorang pemasang jubin dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Taiping di sini hari ini. Majistret Mohd.Hairul Jemain menjatuhkan hukuman itu terhadap Pang Hung Boon, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa hokkien. Mengikut pertuduhan, Hung Boon didakwa dengan sengaja telah…










