KUALA LANGAT 1 Nov. – Pengusaha kilang kitar semula bahan plastik dan sisa pepejal di daerah ini perlu memperoleh lesen tapak terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi. Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd. Alwi Yasin berkata, mereka disaran menyelesaikan urusan tapak operasi di Pejabat Tanah dan Galian daerah sebelum melengkapkan proses seterusnya di MDKL. “Setelah urusan dengan kerajaan negeri selesai, baharulah urusan untuk mendapatkan lesen dengan MDKL boleh…










