Syabas semua warga kerja TNB - Utusan Malaysia

Syabas semua warga kerja TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SEBAGAI bekas presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, ingin saya katakan bahawa Careline Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 15454 adalah satu saluran rujukan yang saya kira cepat dan pantas apabila pengguna mahu berhubung atau membuat aduan kepada TNB.

Saya lihat saluran ini dijaga kumpulan staf profesional dan berorientasi membantu pengguna perkhidmatan elektrik di seluruh negara.

Beberapa hari lalu, saya menghubungi Careline TNB untuk laporkan satu kerosakan elektrik di kawasan kami, saya dapati individu yang mengelola talian ini penuh berdedikasi, bersopan santun dan juga beretika melayan pelanggan.

Saya amat gembira bercakap kepada staf wanita tersebut, jelas mahu membantu dengan secepat mungkin. Perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih TNB juga cukup memuaskan pengguna. Inilah sikap yang kita mahu.

Ingin saya katakan bahawa pada hemat saya, TNB adalah satu agensi berteraskan pengguna yang sentiasa mengutamakan perkhidmatan pantas dan berkualiti kepada pelanggannya.

Syabas kepada TNB kerana mempunyai kakitangan yang sentiasa mengutamakan keperluan dan kehendak para pengguna.

BULBIR SINGH

Jalan Loop, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN