LONDON 14 Nov. – Eksekutif kanan organisasi media Discovery, Susanna Dinnage telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Liga Perdana Inggeris menggantikan Richard Scudamore, demikian pengumuman daripada liga terkemuka Inggeris berkenaan.
Dinnage yang ketika ini adalah Presiden Global Planet Haiwan di organisasi media, Discovery pernah bekerja sebagai Presiden Discovery Networks di United Kingdom dan Ireland.

Liga Perdana Inggeris berkata, Dinnage akan memulakan tugas baharunya pada awal tahun depan manakala tarikhnya belum dapat dipastikan lagi kerana masih menunggu persetujuan Discovery.
“Saya sangat teruja dengan tugasan baharu yang bakal dipikul nanti.
“Dengan sokongan pasukan dan kelab, saya memandang ke hadapan untuk menjadikan liga ini terus cemerlang,” kata Dinnage. – REUTERS










