Sultan Nazrin jalankan tugas Agong - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin jalankan tugas Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini sehingga 31 Disember depan.

Istiadat yang berlangsung di Istana Hinggap Perak di sini dimulakan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membaca watikah perisytiharan berkenaan.

Baginda kemudian menandatangani watikah itu.

Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN