KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar belajar daripada kesilapan pentadbiran terdahulu kerana rakyat sedia menolak pemimpin yang menyalah guna kuasa. Sultan Nazrin bertitah, rakyat bersedia mendedahkan dan menolak pemimpin yang menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, mengumpul kekayaan untuk anggota keluarga atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan. “Belajarlah daripada kesilapan mereka yang terdahulu. Amat hampalah rakyat, jika pilihan yang baharu, turut mengulangi kesilapan yang sama, apatah lagi jika melakukannya secara lebih buruk,” titah baginda. Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya