Sultan Nazrin berkenan lantik Jemaah Pemangku Raja Perak - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berkenan lantik Jemaah Pemangku Raja Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Jemaah Pemangku Raja Perak yang berkuat kuasa esok.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim dalam kenyataan hari ini berkata, Sultan Nazrin berkenan melantik Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak.

Katanya, ahli-ahli jemaah yang dilantik ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja. Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Beliau berkata, dalam tempoh masa Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menjalankan fungsi-fungsi jawatan itu, berkenan melantik Jemaah Pemangku Raja Perak.

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke istiadat angkat sumpah Jemaah Pemangku Raja Perak di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Nazrin juga berkenaan menyampaikan watikan pelantikan tersebut. Berangkat pada istiadat itu Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN