KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sebanyak 33 pesakit kanak-kanak di Wad Kanser Kanak-kanak Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) diraikan para sukarelawan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) di sini hari ini. Kehadiran seramai 30 sukarelawan dari Rakan Sukarelawan Angkasa yang diketuai Naib Presiden Angkasa Mohamad Azmi Omaruddin menceriakan para pesakit yang sedang menjalani rawatan intensif. Mohamad Azmi berkata, lawatan Amal Angkasa Peduli ke Wad Kanak-kanak Pesakit Kanser ini bukan…










