KOTA BHARU 10 Nov. – Umat Islam dan orang Melayu di negara ini tidak perlu gusar atau berasa terancam dengan cadangan kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, tindakan meratifikasi ICERD bukan suatu proses yang mudah kerana memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Katanya, mana-mana perkara yang membabitkan pelaksanaan sesuatu dasar baharu di negara ini terlebih dahulu perlu melalui…









