Sukan tiada dalam senarai Olimpik tidak akan dipinggir - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Sukan tiada dalam senarai Olimpik tidak akan dipinggir – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan sukan tidak termasuk dalam senarai Sukan Olimpik tidak akan dipinggirkan menerusi Belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, sukan seperti skuasy dan tenpin boling tetap akan diberikan perhatian oleh pihaknya walaupun sukan berkenaan tidak disenaraikan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Seperti saya tekankan dalam ucapan saya tadi, sukan yang tidak berada dalam senarai Olimpik tidak akan dianaktirikan dan kita tetap akan bergerak ke hadapan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Bengkel Penetapan Program Latihan 2019, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mencadangkan satu pengauditan khas bagi memastikan peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada sukan negara digunakan sebaiknya oleh pihak terlibat.

“Kita tidak boleh ambil sambil lewa selepas menerima teguran daripada Kementerian Kewangan (sebelum ini) dan kita perlu lebih fokus supaya tidak berlaku pembaziran,” tegasnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN