Subsidi minyak bersasar - Utusan Malaysia

Subsidi minyak bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Pemilik kenderaan me­wah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500 cc belum boleh lagi bergembira untuk menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019, semalam berikutan ia masih belum muktamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sebenar­nya sedang mengkaji untuk memberi subsidi tersebut me­langkaui golongan berpendapatan rendah (B40) dan mekanisme pelaksanaannya akan disalurkan dalam tempoh suku kedua tahun depan.

“Sebenarnya kita sedang bincang sebab yang paling mudah adalah isi rumah berpendapatan rendah (B40) tapi kalau golongan itu sahaja, mungkin anda di sini tidak mendapat faedah.

“Atas sebab itu kita hendak mengkaji untuk memperluaskan supaya kita tak hanya had kepada B40. Tetapi saya boleh tegaskan di sini bahawa yang menaiki kereta mewah jangan haraplah,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Semalam, Guan Eng mencatatkan sejarah sebagai pemimpin pertama dari DAP membentangkan belanjawan Kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng memberitahu, punca perbelanjaan mengurus negara meningkat adalah kerana kerajaan Pakatan Harapan terpaksa membuat bayaran balik tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus tersebut dianggarkan RM37 bilion.

“Saya yakin akan ada beberapa pihak yang mempersoalkan kenapa RM37 bilion sedangkan yang kita sebut RM34.5 bilion. Ini adalah tambahan biasa, bukan luar biasa dari Mei tahun depan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak berada di China dan perkara berkenaan turut disahkan oleh Kedutaan China.

“Saya dah bercakap dengan Kedutaan China dan mereka memaklumkan bahawa Jho Low tiada di negara itu, melainkan dia menggunakan nama dan pasport lain. Tapi berdasarkan rekod negara tersebut, tiada individu yang bernama Jho Low di sana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN