Subsidi bersasar kurangkan beban hidup kumpulan B40 - Utusan Malaysia

Subsidi bersasar kurangkan beban hidup kumpulan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pemberian subsidi secara bersasar dilihat sebagai cara terbaik bagi memastikan golongan tertentu terutamanya isi rumah berpendapatan rendah (B40) menikmati peningkatan positif daripada limpahan ekonomi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hal ini kerana, pemberian subsidi pukal yang sering dilakukan kerajaan sebelum ini tidak dapat mengurangkan jurang ekonomi dan pendapatan yang semakin besar dalam kalangan rakyat.

NURADLI RIDZWAN SHAH
NURADLI RIDZWAN SHAH 

Sehubungan itu Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali bersetuju sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan lebih banyak subsidi secara bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Jelas beliau, pemberian subsidi sedemikian sekali gus dapat mengurangkan bebanan hidup dan sedikit-sebanyak meningkatkan ekonomi B40.

Namun begitu, Nuradli Ridzwan Shah mengingatkan kerajaan supaya memikirkan mekanisme yang sesuai bagi pemberian subsidi secara bersasar itu supaya tidak mencetuskan manipulasi.

“Pemberian berkenaan sememangnya baik, lebih-lebih la­gi apabila hanya sebahagian orang tertentu sahaja dapat menikmatinya.

“Apa yang merisaukan, walaupun kaedah ini dapat memberi impak kepada golongan memerlukan tetapi masih perlu menangani cubaan manipulasi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, kaedah subsidi bersasar yang mungkin boleh difikirkan kerajaan adalah perbandingan dari segi kuantiti kepada rakyat.

“Mungkin rakyat yang lebih berkemampuan hanya dapat sedikit sahaja, manakala golo­ngan kurang berkemampuan seperti B40 boleh menikmati jumlah subsidi yang lebih besar,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini