Subsidi bersasar: Faktor usia kenderaan, tahap pendapatan diambil kira - Utusan Malaysia

Subsidi bersasar: Faktor usia kenderaan, tahap pendapatan diambil kira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Pemberian subsidi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah yang diumum dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam turut akan mengambil kira faktor usia kenderaan dan tahap pendapatan rakyat dengan sasaran utama golongan B40.  

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pihaknya mengambil maklum keadaan di mana ramai rakyat di negara ini yang memiliki kenderaan lama dan maklumat tepat dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah diperlukan untuk tujuan itu. 

“Berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia memiliki kenderaan usia lebih lama, harus ada ketepatan sebab setiap formula yang kami nak buat nak jamin kelancaran dan implikasinya kepada kewangan kerajaan,” katanya selepas melancarkan Skim Kawalan Harga  Musim Perayaan Deepavali 2018 di Pasar Awam Kulim, hari ini. 

Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019 melibatkan peruntukkan sebanyak RM2 bilion dan dijangka memanfaatkan seramai empat juta pemilik kenderaan dan 2.6 juta pemilik motosikal. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN